KE ARAH MENEPATI PANDUAN MANUAL EAC

DSCN0582

NIBONG TEBAL, 26 Mei 2017 – Pensyarah dan Pusat-pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) disaran untuk mengikuti piawaian seperti yang telah ditetapkan oleh Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC).

Berikut adalah yang dinyatakan oleh Penyelaras Bahagian Kualiti & Akreditasi USM Kampus Kejuruteraan, Profesor Madya Sr. Dr. Mohd Sanusi S. Ahamad ketika sesi ceramah An Academic Quality On “The Expectation and Explicit Requirements of The New EAC Manual” di sini hari ini.

DSCN0580

“Adalah penting untuk USM mendapatkan penjelasan tepat dan terperinci berlandaskan kepada garis panduan serta selaras dengan manual dan jangkaan yang telah ditetapkan oleh EAC.

“Melalui penerangan yang akan dijalankan selama tiga jam ini juga diharap dapat memberi gambaran jelas kepada pensyarah-pensyarah serta wakil-wakil Pusat Pengajian yang hadir memandangkan kita di USM sentiasa terikat dengan jadual yang padat akan perkara-perkara yang berkaitan,” tambah beliau lagi.

Disampaikan oleh Prof. Dato' Ir. Dr Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman yang mewakili Pengarah EAC Ir. Assoc. Prof. Abdul Aziz Omar, ceramah melibatkan penyertaan daripada 80 orang pensyarah dan wakil-wakil pusat pengajian.

Wan Hamidon merupakan salah seorang yang pernah menjadi penyumbang dalam membantu Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di dalam kejayaan mencapai status ahli penuh Washington Accord (WA) selain pernah menjadi Ahli EAC serta pemangku Pengarah Engineering Accreditation Council Malaysia (EAD).

Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan pula adalah seperti Establish Processes, Student Model, the Direct and Indirect Management, Model Adopted, Sampling model dan Performance Target.

Teks / Foto: Siti Faizah Abd Halim

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI